Followers
Sunday, February 27, 2011
loving someone is never a stupid thing.it's pure from the heart.don't blame yourself.:D
Before you judge someones feelings, think about how you would feel if you were in their position...then maybe you can see why they feel the way they do.
Happiness is not about how beautiful or handsome your partner might be. It's just how a guy could love a girl beautifully and how a girl could love a guy so handsomely. :') ♥
Friday, February 25, 2011
Gdipp – tukar font renderer Windows kepada renderer Mac/Linux
Bagi mereka yang pernah menggunakan sistem operasi selain windows seperti Mac dan Linux, pasti anda perasan font yang digunakan pada Windows adalah berbeza dengan seperti yang dipaparkan pada sistem operasi Mac dan Linux.
Gdipp adalah perisian yang ringan dan senang dipasang pada sistem operasi Windows yang membolehkan font dirender seakan-akan menggunakan sistem operasi Mac dan Linux. Bagi setengah orang font di-render pada Windows tidak sebagus Mac/Linux jadi perisian Gdipp ini boleh mengembalikan “feel” mereka yang sudah biasa menggunakan sistem operasi tersebut.
Download Gdipp
- Windows 64 bit gdipp_x64_0.9.1.msi
- Windows 32 bit gdipp_x86_0.9.1.msi
Cara nak guna, hanya perlu install dan ianya akan diaktifkan secara automatik. Pasti anda perasan tulisan di Windows akan berubah dia punya stail.
Kalau tak suka boleh uninstall atau deactivate service gdipp, masuk dalam service management (services.msc).
Selamat mencuba!
kamu layan ja lar. .
pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.pelajar : cikgu, mcm mana kte nak pilih ssrg yg terbaik sbg org yg plg kte syg? mcm mana nk jga ksh syg tu bkekalan?cikgu : kamu ikut ape yg saya suruh. kamu pergi ke pdg. bjlan kat ats rmput smbil mmandang rumput d hdapan kamu. pilih yg PALING cntik tnpa menoleh ke blakang lg walau skali pun.. dah petik rumput yg plg cantik, bawa ke kelas..apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rmput pun d tangannya. cikgu : knpe tiada rumput yg dipilih? ?pelajar : tadi masa saya bjalan, sy cari rmput yg plg cntik..mmg ada byk yg cntik tp ckgu kata pilih yg plg cntik, maka saya pun terus bjalan ke depan smbil mncari yg plg cantiktanpa mnoleh ke blakang lagi. tp smpai d pghujung padang , sy x jmpe pun yg plg cntik.. mgkin ada d antara yg d blakang td ada rmput yg tercantik tp dah ckgu pesan x boleh mnoleh blkamg lg, jadi xdela rmput yg saya boleh petik..cikgu : itulah jawapannya.. 'BILA KITA DAH BERJUMPA DGN SSEORANG YG KTE SYG, JGNLAH CARI YG LBH BAIK DARI ITU. KTE SPTTNYA HRGAI ORG YG BERADA D DPN KTE SBAIK2NYA. JGN KTE MNOLEH K BELAKANG LG KRNA YG BERLAKU TETAP DH BLAKU. SMOGA YG BLALU TIDAK AKAN BERULANG LAGI. DAN INGATLAH ORG YG PLG KTE SYG ITULAH YG PLG CNTIK DAN TERBAIK UTK KTE.. WLAUPUN ADA YG BAIK N CNTIK SPERTI RMPUT2 TADI ;))
Cara Nak laju pc
Berikut adalah langkah yg boleh diambil untuk tingkatkan prestasi pc korang (Windows XP):
1. Kasi laju startup
• startup tu maknanya waktu yg diambil dr masa korang tkan button power kt pc tu smpai la windows abis load n korang leh mula guna pc tu.
• untuk kasi startup ni laju, disable program2 yg dirasakan xperlu run masa startup. contohnya kbanyakan kita punya pc akan auto sign-in kita punya ym. kalo nak disable ym punya autostart ni, pegi kat ym, tekan messenger, pilih preferences, pilih category general. lastly, clear box "Automatically start Yahoo! Messenger"
• untuk disable program2 lain, lbih snang lg. pegi start menu, tekan run. taip msconfig then hit enter. pilih tab startup. then uncheck je mana2 program yg korang rasa xperlu. tp jgn bijak sgt uncheck korang punya antivirus ok?
• menda ni leh gak dibuat dgn 3rd party utilities mcm tuneup utilities 2007. pegi je startup manager, delete mana2 yg patut ok?
• right-click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings kt dlm frame startup n recovery. clear checkbox "time to display... .". uncheck dua2 box kt atas tu ok?
2. Buang sampah
• kita mula dr yg basic ok?? rajin2 le buang sampah2 dlm pc korang tu. ntuk wat menda ni, pegi start menu - accesories - system tools - disk cleanup. tkan ok je ntuk start cleaning. repeat ntuk smua drive yg ada dlm pc tu. dgn ini, korang dh leh dpt free space dlm hard disk. wat sminggu skali ok la kot.
3. Tak payah nak cantik2
• right click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings dlm frame perfomance. nnti akan kuar visual effects punya settings. menda ni yg tentukan kecantikan pc korang. lg cantik, lg slow la pc tu. kalo nk ikut aku punya pndapat, korang tinggalkan 4 settings je yg checked. iaitu, "Show windows content... ", "Use common tasks... ", "Use drop shadows... ", "Use visual styles... ". Aku punya settings ni x menjejaskan sgt kcantikan laptop korang tu.
4. Turn off System Restore
• kalo korang rasa yakin pc korang xkn diserang virus, turn off je system restore. sbb menda ni akan simpan rekod dlm hard disk dr semasa ke semasa. kalo turn off, korang leh jimat space hard disk n kurangkn windows punya services. oleh itu, laju la pc korang. tp kalo turn off, korang dh xleh nk restore pc balik. bila kena virus, tpaksa la format balik. kalo nk off, wat cmni:right click my computer, pilih properties. tkan tab system restore, pastu tanda checkbox "turn off system.."
5. Disable Indexing Service
• indexing adalah satu proses mengindeks la. proses ni ntuk mempercepatkan carian file bila korang guna Search. tp indexing service ni akan wat keja kat background n sdikit sbanyak wat pc kita slow (x rasa sgt pon sbnarnya). tp disebabkan kita nk pc kita laju ke tahap maksima, kita disablekan saja!
• caranya, bukak my computer. right click kat drive c, pilih properties. pastu clear box "Allow Indexing Service... .". pastu tekan ok. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ignore all. ulang bnda ni ntuk smua drive yg ada.
6. Disable Windows Services yg xperlu
• bila kita on pc, windows akan load smua services yg dh ditentukan oleh encik bill gates yg x ensem. malangnya, byk service2 ni yg lngsung x berguna pon pd kita. cuba korang tkan ctrl+alt+del. pastu pilih tab processes. brapa proses yg run kt pc korang? biasanya lbih 30. meh ikut tips aku ni. maybe pasni korang leh kurangkan smpai belas2 proses je.
• pegi start menu, tkan run. taip services.msc pastu hit enter. nnti akan kuar la service window. cara untuk disable services adalah dgn double-click pada service tersebut n kmudian set "Disable" pada startup type. skarang jom kita disable services berikut:
• Alerter
• Application Layer Gateway Service
• Application Management
• Automatic Updates (Yg pakai windows ori, xyah disable pon xpe. Pndapat aku, disablekan saje)
• Background Intelligent Transfer Service
• ClipBook
• COM+ Event System
• COM+ System Application
• Computer Browser
• Cryptographic Services
• Distributed Link Tracking Client
• Distributed Transaction Coordinator
• DNS Client
• Error Reporting Service
• Fast User Switching Compatibility
• Help and Support (Kalau korang rasa kdg2 perlu servis ni ntuk selesaikan masalah, xyah disable)
• HTTP SSL
• Human Interface Device Access
• IMAPI CD-Burning COM Service (Disable hanya kpada korang yg mmg xde cd burner)
• Indexing Service
• IPSEC Services
• Logical Disk Manager
• Logical Disk Manager Administrative Service
• Machine Debug Manager
• Messenger (Sapa yg pakai msn messenger atau windows messenger, jgn usik bnda ni)
• Microsoft Office Diagnostics Service
• MS Software Shadow Copy Provider
• Net Logon
• NetMeeting Remote Desktop Sharing
• Network Connections (PC yg ada internet, jgn usik bnda ni)
• Network DDE
• Network DDE DSDM
• Network Location Awareness (NLA) (Yg guna wireless internet x digalakkan usik bnda ni)
• Network Provisioning Service
• NT LM Security Support Provider
• Office Source Engine
• Performance Logs and Alerts
• Portable Media Serial Number Service
• Print Spooler (Sapa ada printer, jgn usik!! nnti korang xleh print dah)
• Protected Storage
• QoS RSVP
• Remote Access Auto Connection Manager
• Remote Access Connection Manager
• Remote Desktop Help Session Manager
• Remote Registry
• Removable Storage
• Routing and Remote Access
• Secondary Logon
• Security Accounts Manager
• ecurity Center
• Server
• Shell Hardware Detection (Bnda ni kuarkan menu autoplay bila msuk cd/pdrive. Aku x disable)
• Smart Card
• SDP Discovery Service
• System Event Notification
• System Restore Service (Sapa yg rasa system restore tu pnting, jgn usik)
• TCP/IP NetBIOS Helper
• Telephony
• Telnet
• Terminal Services
• Themes (Kalau disable, nnti theme pc jd mcm windows 98 atau earlier)
• Uninterruptible Power Supply
• Universal Plug and Play Device Host
• Volume Shadow Copy
• WebClient
• Windows Driver Foundation - User-mode Driver Framework
• Windows Firewall/Internet Connection Sharing (ICS)
• Windows Image Acquisition (WIA)
• Windows Management Instrumentation Driver Extensions
• Windows Media Player Network Sharing Service
• Windows Time
• WMI Performance Adapter
• Workstation
•
• Lepas disable smua2 kt atas tu, restart pc korang. msti laju je nk start kan? pastu tkan ctrl+alt+del, pilih tab processes. skrg tgk brapa proses yg run? wah, sikitnya kan?? laju je pc tu kan?? Nanti bila nak shutdown pc tu pon korang akan pasan, dia off cpat je..
• Untuk peringatan, korang dinasihatkan disable service2 di atas hanya jika pc tu mmg korang punya n korang sorang je yg pakai. Jgn jd gila wat kt pc ofis korang. Lagi satu, jangan bertindak terlalu bijak nak disable bnda selain yg dlm list kt atas melainkan korang tau apa korang wat. Kalo degil n pastu pc korang xleh on, aku hanya leh ckp PADAN MUKA!! Hihihi…
7. Rajin2 la defrag PC korang tu
• kalo korang jnis slalu surfing, main game, download2 atau keja2 lain, file2 dlm hard disk korang will be fragmented. tu bermakna, masa ntuk mengakses satu2 file akan mnjadi lbih lama.
• oleh itu, ringankanlah jari jemari ntuk defrag hard disk. caranya, pegi start menu - accesories - system tools - disk defragmenter. pastu defrag la smua drive yg ada.
• kalo nk hasil yg lbih memuaskan, guna 3rd party software ntuk defrag. contohnya, perfectdisk, diskeeper, atau o&o defrag. smua software yg aku sbut tu akan mendefrag hard disk korang kt background scara berterusan. oleh itu, korang xpyh pk psl defrag2 dh. sbb diorang dh amik alih keja tu.
8. Get rid of virus, spyware, malware and ntah apa2 ware lagi
• ni xpyh nk trang pnjg2. smua org tau virus n spyware ni jahat. oleh itu, aku cuma nk cdangkan antivirus n antispyware yg bgus.
o aku dh try smua antivirus yg popular n wat skit research kt internet ntuk menetukan antivirus yg bgus. oleh itu aku recommend korang pakai salah satu antivirus berikut:
NOD32
BitDefender Plus/Pro (Sesetengah org susah update)
Kaspersky Antivirus / Kaspersky Internet Security
Avira Antivir (Free)
Norton Antivirus (yg 2008 la.. yg lama berat gila seh!!)
•
o ni lak senarai antispyware yg aku recommend lpas wat skit research:
Webroot SpySweeper
Trend-Micro Antispyware
Ad-Aware
Spybot Search & Destroy (Free)
AVG Antispyware
CounterSpy
Spyware Doctor
9. Guna 3rd Party utilities
1. TuneUp Utilities 2007
2. Advanced System Optimizer
3. System Mechanic
4. WinXP Manager
5. TweakXPTuneXP
• Kalo nak maksimakan lg perfomance pc/laptop korang tu, guna la software2 yg offer hundreds of tweaks ntuk kasi pc korang laju.
• dengan software2 ni, korang leh tukar byk settings yg hidden. selain tu, kita leh clean hard disk, clean registry, defrag registry, optimize internet connection, n mcm2 lg yg leh wat pc korang cam best.
• berikut adalah software2 yg popular n aku recommend:
10. Tak payah nak bunyi2
• yg ni aku x wat la.. tp bg korang yg nk lajukan lg startup n shutdown leh ikut prosedur ni.
• Pegi Control Panel - Sounds and Audio Devices - Sounds. pastu pegi kat "Exit Windows". Kat sound panel bawah tu, pilih (none). Ulang bnda ni untuk "Start Windows".
11. Disable Paging
• Paging adalah backup kepada RAM yang disimpan di dalam hard disk ntuk menyimpan memori. Biasanya space yg dia makan mmg byk. Paging ni perlu sbb kalo RAM x mampu tampung program2 yg run, hard disk akan amik alih keja RAM melalui paging tu la. Tp kpada pemilik pc yg mempunyai RAM 1GB dan ke atas, paging ni xperlu pon sbb RAM korang tu dh ckup otai ntuk run byk program serentak. Cara nak cek saiz RAM adalah dgn right click on my computer, then pilih properties. Kat situ tgk la brapa memory korang. Kalo takat 128, 256 atau 512, abaikan je prosedur ni. Tp kalo lbih, jom disable paging file..
o Caranya, right click on my computer then pilih properties. Tkan tab advanced, pastu tkan button settings yg dlm frame performance. Pastu tkan lak tab advanced. Pegi kat frame virtual memory, tkan button change. Highlight drive c, pastu tkan option no paging file. Then tkan button set kt sblah tu. Pastu restart. Byk free space korang leh gain pasni n mmg pc pon jd lg laju woo
12. Change Boot Sequence
• yg ni lak menentukan cmne pc korang start. biasanya, pc kita akan cari bootable disc dlu baru dia akan start. ni dh akan mkn sikit masa lbih kurang 2-3 saat ntuk pc kita start.
• untuk tukar bnda ni, masuk BIOS punya settings masa pc start. caranya, tkan F2 byk2 kali smpai msuk BIOS settings (skrin hitam atau biru). sesetengah pc kena tekan delete n bukan F2. tu bergantung la. pndai2 la korang carik apa yg patut ditekan. dlm BIOS settings tu, pegi "Advanced BIOS features" atau "Boot Sequence" atau "boot" atau something like that la. then disable CD/DVD ROM device atau pastikan hard disk diletakkan di tempat teratas. dah siap, pegi exit, pastu tkan save & exit.
• kalo xdpt nk tangkap, xpyh buat yg ini. bahaya gak la kalo silap.
13. Disable Ports & Devices yg korang x perlu
• xreti aku nak explain.. tp kalo korang wat bnda ni, ada la skit lg prubahan pd perfomance pc korang tu.
• right click my computer, pilih properties. tkan tab hardware pastu tkan button device manager. kat situ, tersenarailah semua hardware dlm pc korang tu. kat situ, korang leh la righ click kt mana2 hardware yg xguna, pastu disable. mcm aku yg guna laptop ni, aku disable Generic CardBus Controller n VIA Compatible Fast Ethernet Adapter sbb aku guna wireless. xpyh la yg Ethernet Adapter tu.
• kalo xtau sgt, xpyh usik..
14. Check Error
• benda ni aku galakkan wat dlm sminggu skali atau at least sbulan skali. ia ntuk mencari n memperbetulkan error yg wujud dlm disk korang.
• caranya, right click kat drive c, pastu tkan properties. pilih tab tools pastu tkan button check now. tanda box "Automatically fix... " pastu tkan start. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ok. ulang ntuk smua drive, pastu restart. biarkan windows check error dlm hard disk korang. bnda ni makan masa skit je..

Tuesday, February 22, 2011
Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)
PENGENALAN
- Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
- Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
- Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
- ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
- Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
<span>KEPUTUSAN FATWA</span>
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب
NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
- Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
- Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
- Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
- Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
- Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
- Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
- Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
- Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
10 PETANDA DIA JODOH KITA
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya
Friday, February 18, 2011
Just go outside
Or
See through your window
How pleasant scene it is
Just look @ moon & Stars,
Feel the cool wind
They all are here to
Greet u a sweet night
I'm not supposed to love you..
I'm not supposed to care..
I'm not supposed to live my life wishing you were there..
I'm not supposed to wonder where you are or what you're doing..
But I can't help it...... Because I'm still madly deeply in love with you.. >_<
Subscribe to:
Comments (Atom)